saadiah_ismail@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kesedaran dan pembabitan semua pihak termasuk ibu bapa, guru, sekolah serta Jabatan Pendidikan perlu diperkasa bagi menangani isu buli, penderaan dan keselamatan murid di sekolah, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, pelbagai langkah sudah dilaksanakan Kementerian Pendidikan (KPM) termasuk pemantauan asrama, audit keselamatan, peningkatan kapasiti penyeliaan murid, kaunseling dan inisiatif kesejahteraan, namun usaha itu masih belum mencukupi.

"Apakah mencukupi? Saya fikir belum. Saya tidak percaya kes ini boleh selesai tanpa kesedaran dan pembabitan semua pihak.

"Malah didikan asas agama, akhlak, kecintaan kepada ibu bapa, hormat pada guru-guru harus ditingkatkan juga.