KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa supaya kerja-kerja baik pulih kuarters Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi Land dipercepatkan bagi membolehkan kawasan itu disediakan untuk tujuan perumahan.
Perdana Menteri berkata, beliau telah membincangkan perkara itu dengan Pengerusi Jawatan Kuasa Pemandu Sungai Besi Land, Tan Sri Mohd. Hassan Marican, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semasa lawatan beliau hari ini.
“Saya telah meminta Tan Sri Hassan dan Datuk Bandar, (serta) Hannah Yeoh untuk menyegerakan pemulihan untuk kita sediakan rumah,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan di Kuarters TUDM Sungai Besi di sini hari ini.








