zanariah_mutalib@bh.com.my

Kuala Lumpur: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penghantaran pulang warga Myanmar ke negara asal mereka, yang kini melebihi 10,000 orang, tidak hanya terhad kepada etnik Rohingya sahaja.

Perdana Menteri berkata, dalam perjanjian penghantaran pulang yang dipersetujui antara Malaysia dan Myanmar, mereka yang dihantar pulang tidak berdasarkan etnik, sama ada dari Rakhine, Karen atau Shan, mahu pun Rohingya.

Beliau berkata, sebahagian warga Myanmar yang dihantar pulang adalah atas inisiatif kerajaan negara itu sendiri melalui pesawat sejak Januari lalu, dan penghantaran terakhir adalah kira-kira 1,400 orang melalui kapal tentera laut Myanmar melalui program penghantaran pulang secara sukarela.