KUALA LUMPUR: Kesemua pelarian warganegara Myanmar yang terbabit dalam Program Penghantaran Pulang Fasa Pertama di Lumut, Perak pada 29 September lalu, melalui proses saringan rapi dan verifikasi sebelum dihantar pulang secara sukarela, selamat dan bermaruah.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan proses menyeluruh itu merangkumi pengenalpastian dan pengesahan kewarganegaraan, dokumentasi, pemeriksaan kesihatan serta semakan identiti.
KDN berkata, senarai nama setiap individu berkenaan disahkan oleh kerajaan Myanmar dan dikemukakan kepada Malaysia menerusi Nota Diplomatik bertarikh 13 Ogos lalu, sebelum disusuli dengan penyelarasan rapi dari aspek keselamatan, logistik serta urusan penerimaan di negara asal.








