KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Seramai 10,000 tahanan warga Myanmar dihantar pulang ke negara asal mereka sejak Januari tahun ini menerusi laluan udara dan laut, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, penghantaran pulang tahanan berkenaan dilaksanakan hasil rundingan dan ikhtiar secara langsung antara Kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa Myanmar."Daripada jumlah itu, sebahagiannya dibawa pulang menggunakan pesawat atas inisiatif Kerajaan Myanmar sendiri, manakala baki kira-kira 1,400 orang lagi dihantar pulang menerusi kapal tentera laut negara berkenaan baru-baru ini," katanya.Anwar berkata demikian pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini bagi menjawab soalan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) mengenai langkah kerajaan seterusnya dalam menangani isu keberadaan warga Myanmar termasuk pelarian dan pemohon suaka khususnya etnik Rohingya di negara ini.Beliau menegaskan Malaysia merupakan negara pertama yang berjaya menghantar pulang tahanan warga Myanmar ke negara asal mereka menerusi pendekatan rundingan serta diplomatik secara berkesan. - Bernama
10,000 tahanan Myanmar dihantar pulang sejak Januari 2026 - Anwar

Key takeaways
Sejak Januari 2026, 10,000 tahanan Myanmar dihantar pulang ke negara asal mereka melalui udara dan laut.
- 10,000 tahanan Myanmar dihantar pulang sejak Januari 2026.
- Penghantaran dilakukan melalui rundingan antara Malaysia dan Myanmar.
- Sebahagian dihantar dengan pesawat, sementara 1,400 menggunakan kapal tentera.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Sinar Harian 10,000 tahanan Myanmar dihantar pulang sejak Januari 2026 - Anwar (this story)
- Utusan Malaysia Pelarian Myanmar melalui saringan rapi sebelum dihantar pulang








