puterialia@hmetro.com.my
Shah Alam : Pelakon dan usahawan, Datuk Rosyam Nor, 59, menganggap populariti semata-mata tidak memadai untuk memastikan seseorang anak seni bertahan lama dalam industri seni, sebaliknya ia perlu digandingkan bersama kualiti kerja cemerlang.
Menurut Rosyam, meskipun populariti seseorang anak seni itu penting bagi memperkenalkan diri kepada generasi peminat baharu, elemen itu tidak akan menjamin perjalanan kerjaya yang jauh tanpa disiplin kerja yang baik.
"Bagi seorang anak seni tak kira bidang apa, dia pelakon ke, penyanyi ke, populariti itu penting. Kalau tidak ada populariti, orang tak dapat mengikuti perkembangan mereka.
"Tetapi populariti sahaja tidak boleh menjamin perjalanan yang jauh. Kita nampak ramai orang popular, lepas itu hilang. Ini kerana populariti memerlukan kerja yang baik juga.










