am@hmetro.com.my
Seremban: Polis melaksanakan pemantauan di sekitar Taman Tuanku Jaa'far (TTJ), di sini, susulan kehadiran beruang matahari yang sempat dirakamkan penduduk, Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Yatim Osman berkata, langkah itu bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin kerana dikhuatiri haiwan terbabit menyerang penduduk.
"Sememangnya tugas itu di bawah bidang kuasa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) tapi kita turut membantu melakukan rondaan di kawasan sekitar bagi mengesan kehadiran haiwan terbabit.
"Sekurang-kurang kehadiran anggota polis yang meronda menyebabkan haiwan itu tidak mendekati kawasan kediaman dan penduduk juga rasa lebih selamat. Namun, saya nasihatkan penduduk supaya berwaspada," katanya.









/file/attachments/orphans/undang423_276515.png)
