austin@nst.com.my

Subang Jaya: Seorang juruterbang yang dikaitkan dengan syarikat pemilik jet peribadi yang terbabit dalam cubaan menyeludup 521 kilogram (kg) syabu dari Laos, antara empat individu yang ditahan sebelum sebuah lagi pesawat dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Subang ke Manila hari ini.

Sekatan dramatik di sebuah hangar di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah itu menyaksikan anggota penguat kuasa menyerbu masuk ketika juruterbang, pembantu juruterbang dan dua kru wanita sedang membuat persiapan untuk penerbangan berkenaan.

Sumber berkata, juruterbang yang ditahan itu adalah pemilik syarikat yang memiliki kedua-dua pesawat iaitu pesawat yang disekat di Subang hari ini dan jet peribadi yang dikaitkan dengan rampasan dadah besar-besaran di Laos.