KUALA LUMPUR: Seorang rakyat Malaysia dipercayai antara 13 individu yang ditahan pihak berkuasa Laos berhubung rampasan 521 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine daripada sebuah jet peribadi yang dilaporkan tiba dari Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang Laos, 1 Oktober lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan, berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menunggu maklumat lanjut daripada pihak berkuasa Laos berhubung kes rampasan itu.
Beliau berkata, pihaknya masih belum menerima maklumat terperinci berhubung kes berkenaan daripada agensi narkotik Laos.
"Setakat ini, kita belum menerima sebarang maklumat atau butiran rasmi daripada pihak berkuasa dadah Laos.









