redzuan.muharam@hmetro.com.my
Tumpat: "Saya tak tergamak nak ambil bayaran kerana kosnya agak mahal malah boleh mencecah RM6,000 jika ikut keluasan kawasan terbabit.
"Jadi saya anggap apa dilakukan itu sebagai amal jariah dengan niat membantu pihak masjid."
Itu kata Mohd Hanif Mohammad Noor, 36, ketika berkongsi kisahnya menjalankan khidmat sertu percuma di sebuah masjid dekat sini yang terkena cecair kumbahan disyaki najis babi.
Berkongsi kisah itu, Mohd Hanif yang menetap di Rantau Panjang, Kelantan berkata, dia dihubungi pihak pengurusan masjid untuk membersihkan najis berkenaan pagi semalam.







/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/04/99fa1c1018b62ecbe6d1dfeb2b2f2638.jpg)
