Nyon, Switzerland: UEFA mengesahkan hari ini pihaknya membuka siasatan terhadap insiden kekecohan di terowong ketika perlawanan Liga Negara-Negara antara Republik Ireland dan Israel di Serbia, hujung minggu lalu.
Pertengkaran itu berlaku pada separuh masa ketika kedua-dua pasukan seri 1-1 di Backa Topola, dengan laporan media mendakwa seorang anggota barisan kejurulatihan Republik Ireland mendakwa dia diludah pemain Israel.
Ketua jurulatih Republik Ireland, Heimir Hallgrimsson kemudian mengesahkan berlaku kekecohan.
"Ya, saya berada di situ. Saya tidak akan mengulas mengenainya kerana perkara itu mungkin akan diteliti jawatankuasa disiplin," katanya kepada pemberita selepas perlawanan.
UEFA dalam kenyataan hari ini berkata: "Selepas meneliti laporan rasmi yang mengandungi dakwaan mengenai insiden di dalam atau sekitar terowong pada waktu rehat, seorang pemeriksa Etika dan Disiplin UEFA dilantik untuk menjalankan siasatan disiplin sewajarnya berhubung kemungkinan salah laku oleh pemain."









/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/04/99fa1c1018b62ecbe6d1dfeb2b2f2638.jpg)