LONDON: Bintang Mexico, Mateo Chavez dilayangkan kad merah selepas secara mengejut menampar muka pemain Amerika Syarikat (AS) menggunakan kedua-dua tangannya.
Insiden Chavez menampar Sebastian Berhalter dengan kedua-dua tangan berlaku pada minit ke-67, menyebabkan pengadil tiada pilihan selain melayangkan kad merah kepadanya.
Mexico tewas 0-3 kepada jiran mereka dari Amerika Utara itu, dengan pasukan kendalian Mauricio Pochettino ternyata jauh lebih unggul.
Tindakan Chavez itu dipercayai berpunca daripada kemarahan yang sudah memuncak selepas Mexico ketinggalan kepada AS.
Pergaduhan kecil itu tidak mengambil masa lama untuk tular di media sosial, dengan peminat bola sepak terhibur melihat insiden yang dianggap jarang berlaku membabitkan tamparan menggunakan kedua-dua tangan.










