asmaini@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: "Saya tidak mahu ada keluarga lain lagi yang kehilangan anak dengan cara memilukan seperti itu," kata Kamaruddin Ngatimon, bapa saudara kepada Allahyarham Muhammad Idlan Fareeq Shahril, pelajar Tingkatan Dua yang meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri di asrama sebuah sekolah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan bulan lalu.
Mengakui sehingga hari ini keluarganya masih terkesan dengan kehilangan itu, Kamaruddin berkata kerajaan dan pihak sekolah perlu mengambil langkah lebih tegas bagi mengelakkan tragedi berulang.
Katanya, dia terkejut kerana ketika kes anak saudaranya masih lagi 'panas', ada kes lain yang berlaku di Yong Peng, Johor dan turut membabitkan kematian pelajar sekolah.










