KUALA LUMPUR: Ibu dan kakak kepada Yap Shing Xuen, pelajar Tingkatan Empat yang maut pada 14 Oktober tahun lalu, telah memfailkan saman sivil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap beberapa pihak berhubung kematian remaja berkenaan.
Dalam satu kenyataan, ibunya memaklumkan bahawa tindakan undang-undang itu difailkan pada 1 Oktober lalu menerusi Tetuan Surendra Ananth, dengan menamakan beberapa agensi kerajaan, ibu bapa kepada remaja lelaki yang membunuh Yap, serta remaja lelaki terbabit sebagai defendan.
Menurutnya, keluarga percaya tragedi menimpa Yap boleh dielakkan sekiranya pihak berkaitan mengambil langkah sewajarnya, khususnya dalam menangani isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar.








