KLANG – Seorang pekerja kedai runcit berdepan detik cemas apabila didatangi lelaki bersenjatakan kapak dalam kejadian samun kedai runcit di Rantau Panjang di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 5 pagi menyebabkan pekerja lelaki berusia 19 tahun itu melompat kaunter juruwang sebelum beredar keluar.

Insiden tersebut turut tular menerusi video di aplikasi Thread.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, siasatan mendapati suspek bertopi keledar dan bersenjatakan sebilah kapak masuk ke dalam premis dan melarikan sejumlah wang tunai.

“Suspek kemudiannya melarikan diri dengan menggunakan motorsikal jenis Yamaha Lagenda dengan nombor pendaftaran tidak pasti.