KUALA LUMPUR: Pembangunan teknologi terkini seperti kecerdasan buatan (AI), pengkomputeran kuantum dan digitalisasi perlu dilaksanakan tanpa mengabaikan akar iman, akhlak serta sahsiah umat Islam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata pemahaman terhadap AI dan ilmu baharu tidak sepatutnya mencedok atau menciplak sepenuhnya pengaruh daripada negara asing, khususnya Barat, sehingga menyisihkan prinsip akidah serta nilai murni seorang Muslim.

"Cabarannya ialah bagaimana kita menggunakan ilmu dan teknologi baharu ini kecerdasan buatan (AI), pengkomputeran kuantum dan digitalisasi, tetapi berakar kepada iman, akhlak dan syaksiah kita. Nilai kita mesti kita pertahankan.

"Jangan kerana mendagangkan perubahan dan menginginkan ilmu baharu, kita tinggalkan prinsip akidah, akhlak serta sahsiah kita tersisih daripada arus sebagai seorang Muslim yang baik," katanya.