am@hmetro.com.my
Pokok Sena: Di sebalik tirai besi, seorang lelaki berusia 30-an kini mengasah kemahiran kimpalan sebagai bekalan untuk membina kehidupan baharu apabila dibebaskan kelak.
Azman (bukan nama sebenar) yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun berkata, dia sangat bersyukur diberi peluang untuk mempelajari kemahiran itu menerusi Program Peluang Kedua Anda (PEKA) di Penjara Pokok Sena.
Katanya, selepas dua bulan mengikuti latihan itu, dia kini mampu mengimpal dan memotong plat selain menghasilkan pelbagai barangan seperti kerusi, meja, tempat meletakkan pasu bunga dan penyidai pakaian.
"Saya sudah setahun menjalani hukuman, dulu saya tidak ada kemahiran ini. Selepas masuk program ini dua bulan lalu, banyak ilmu yang saya dapat, antaranya mengimpal dan memotong plat.








