Paris: Bekas pemain antarabangsa Perancis, Christophe Dugarry melontarkan kritikan pedas terhadap Cristiano Ronaldo dengan mendakwa ego penyerang legenda itu akan merosakkan reputasinya sendiri.

Juara Piala Dunia 1998 itu meluahkan kekecewaan terhadap drama berterusan membabitkan bintang Al-Nassr dan skuad kebangsaan Portugal.

Situasi membabitkan masa depan Ronaldo bersama pasukan kebangsaan kini semakin tegang, sekali gus mendorong bekas penyerang Perancis itu menyuarakan rasa kecewanya.

Ketika bercakap dalam rancangan radio Perancis, Rothen s'enflamme, Dugarry tidak berselindung dalam mengkritik pemenang lima kali Ballon d'Or itu yang baru-baru ini meninggalkan kem Portugal selepas beberapa perselisihan dengan ketua jurulatih, Jesus.