Kota Kinabalu: Kejadian gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan pada 9.11 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan pusat gempa berkenaan dikesan berkoordinat 4.9 darjah Utara dan 118.7 darjah Timur pada kedalaman 10 kilometer.

Menurut METMalaysia, lokasi episentrum gempa bumi itu terletak kira-kira 48 kilometer di timur Lahad Datu.

"Kesan gegaran akibat insiden berkenaan dilaporkan turut dirasai di sekitar kawasan Pantai Timur Sabah," katanya.

Pihak METMalaysia mengesahkan akan terus memantau rapat perkembangan semasa susulan insiden gempa berkenaan.