BATU PAHAT: Semua sekolah, taman didikan kanak-kanak (tadika) dan taman asuhan kanak-kanak (taska) di seluruh daerah Batu Pahat diarahkan tutup bermula esok susulan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) melebihi paras 200 iaitu pada tahap sangat tidak sihat.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Batu Pahat memaklumkan bacaan IPU di daerah berkenaan mencatat angka 203 setakat 8 malam tadi.
Penutupan dibuat selaras Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan serta garis panduan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid serta warga sekolah sentiasa terpelihara.
"Pihak sekolah hendaklah melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sekiranya diarahkan oleh KPM, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Batu Pahat, tertakluk kepada arahan dan garis panduan yang berkuat kuasa.







/file/attachments/orphans/833653720_1637627131046199_8231528450288828952_n_114466.jpg)