KUALA LUMPUR: Kejayaan Malaysia menganjurkan perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix (GP) Gulf Air Bahrain di Litar Antarabangsa Petronas Sepang (SIC), yang melabuhkan tirai Ahad lepas, berjaya mengangkat imej negara di persada antarabangsa.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, acara sukan permotoran berprestij itu bukan sahaja membolehkan peminat tempatan kembali merasai kehangatan aksi F1 di tanah air, malah membuka peluang ekonomi kepada usahawan tempatan untuk menjana pendapatan.
“Penghargaan khusus kepada Bahrain atas persahabatan yang memungkinkan detik bermakna ini. Semoga hubungan erat kedua-dua negara terus mekar,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini, yang turut disertakan video sorotan perlumbaan itu.







/file/attachments/orphans/833653720_1637627131046199_8231528450288828952_n_114466.jpg)