saifulaffendy@hmetro.com.my
Sepang: Pelumba Red Bull Racing yang juga juara dunia empat kali, Max Verstappen muncul juara Grand Prix (GP) Gulf Air Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini, dalam perlumbaan penuh drama.
Kemenangan itu menyaksikan Verstappen meraih kemenangan pertamanya musim ini, selain mengulangi kejayaan sembilan tahun lalu apabila kali terakhir GP Malaysia dianjurkan di litar sama di mana dia turut muncul juara.
Pelumba Mercedes AMG Petronas, Kimi Antonelli menyambar podium kedua selepas bermula di petak ketiga, manakala juara dunia tujuh kali dari Ferrari, Lewis Hamilton meraih podium ketiga selepas bermula di petak kedua.
Rakan sepasukan Hamilton, Charles Leclerc pula menamatkan perlumbaan di tempat keempat di depan rakan sepasukan Verstappen, Isack Hadjar yang menduduki tempat kelima.









/file/attachments/orphans/undang423_276515.png)