JAKARTA – Seekor lembu mengundang perhatian orang ramai di sebuah pertandingan lembu di Bogor, wilayah Jawa Barat kerana bersaiz besar dan memiliki enam kaki.
Lembu milik Ladang TKT yang terletak di Boyolali, wilayah Jawa Tengah itu memasuki Pertandingan Lembu Piala Presiden APPSI 2026, baru-baru ini.
Imej dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @socialfeed_id menunjukkan haiwan itu mempunyai empat kaki, manakala dua lagi kaki terletak pada badannya.
Ia memenangi tempat pertama kategori lembu unik.
Pemilik haiwan, Femas Candra berkata, lembu tersebut dibawa untuk memperkenalkan keunikannya kepada orang ramai.







/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/04/99fa1c1018b62ecbe6d1dfeb2b2f2638.jpg)

