LONDON: Cristiano Ronaldo dilaporkan tidak akan kembali menyertai skuad kebangsaan Portugal selagi Jorge Jesus kekal sebagai pengurus pasukan.
Jesus sebelum ini cuba meredakan keadaan apabila menegaskan Ronaldo dialu-alukan untuk kembali menyertai pasukan pada jendela antarabangsa akan datang, walaupun penyerang itu bertindak meninggalkan kem ketika tugasan antarabangsa.
Ronaldo dikatakan berang selepas diletakkan di bangku simpanan ketika Portugal menewaskan Norway sebelum ini iaitu kali pertama dia menjadi pemain gantian yang tidak diturunkan sepanjang 18 tahun karier antarabangsanya.
Situasi itu menyebabkan dia tidak menghadiri tiga sesi latihan sebelum meninggalkan kem Portugal untuk dua perlawanan terakhir dalam jendela antarabangsa kali ini selepas terbang ke Sepanyol menaiki jet peribadi.







/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/04/99fa1c1018b62ecbe6d1dfeb2b2f2638.jpg)
