BEIJING: Novak Djokovic menjuarai Terbuka China, hari ini, selepas lawannya, Alex de Minaur menarik diri daripada final, sekali gus melebarkan rekod kemenangan menakjubkan di Beijing serta meraih gelaran ke-102 dalam kariernya.
Pemain Serbia berusia 39 tahun itu memenangi set pertama menerusi tie-break 7-6 (7/3) dan sedang ketinggalan pada set kedua apabila pemain Australia itu menamatkan perlawanan lebih awal.
"Saya sentiasa mahu membayangkan diri saya menjulang trofi, khususnya di sini, di Beijing," kata Djokovic ketika upacara penyampaian trofi.
"Namun, saya juga sedar bahawa realitinya sedikit berbeza pada hari ini," katanya sambil menambah bahawa tahun ini mencabar berikutan masalah fizikal dan kesihatan.









/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/04/99fa1c1018b62ecbe6d1dfeb2b2f2638.jpg)