Beijing: Novak Djokovic memenangi Terbuka China hari ini selepas lawannya, Alex de Minaur menarik diri daripada aksi final, sekali gus meneruskan rekod luar biasa tanpa kalah di Beijing dan meraih gelaran ke-102 dalam kariernya.
De Minaur yang meninggalkan gelanggang untuk mendapatkan rawatan selepas set pertama, meneruskan permainan dengan balutan tebal pada paha kirinya. Namun, dia tidak mampu meneruskan perlawanan selepas memenangi game pertama set kedua.
Djokovic memenangi set pertama dengan sengit dan ketika De Minaur menarik diri, kedudukan perlawanan adalah 7-6(3), 0-1.
"Saya tidak berasa begitu baik... saya ingin memohon maaf kepada semua peminat yang hebat," kata De Minaur ketika majlis penyampaian trofi.







/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/04/99fa1c1018b62ecbe6d1dfeb2b2f2638.jpg)
