KUALA LUMPUR: Pencapaian rekod tertinggi pendapatan pelaburan Lembaga Tabung Haji (TH) sebanyak RM4.64 bilion bagi tahun kewangan 2025 adalah hasil positif daripada strategi pelaburan lebih berdisiplin, pengurusan risiko berterusan dan pengukuhan tatakelola.

Setiausaha Agung Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Azizuddin Ahmad, berkata prestasi cemerlang itu membuktikan agenda reformasi dan penambahbaikan institusi yang dilaksanakan sejak beberapa tahun lalu sedang membuahkan hasil.

Beliau berkata, WADAH mengambil maklum penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan di Dewan Rakyat bahawa portfolio pelaburan TH diurus secara berhemat, patuh Syariah dan berpandukan kerangka Alokasi Aset Strategik.