JOHOR BAHRU: Sebanyak 106 buah Sekolah Agama Kerajaan Johor termasuk Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) dan 53 buah Institusi Pengajian Islam Swasta (IPIS) di Daerah Batu Pahat, akan ditutup esok.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, penutupan itu susulan keadaan kualiti udara di daerah Batu Pahat berada pada tahap sangat tidak sihat dengan dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 203.
“Arahan ini dilaksanakan selaras dengan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan (PTJK) bagi mengutamakan keselamatan dan kesihatan murid serta warga pendidik.
“Sebarang keputusan berkaitan pengoperasian semula sekolah dan institusi adalah bergantung kepada tahap kualiti udara semasa serta arahan rasmi pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.









/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/04/99fa1c1018b62ecbe6d1dfeb2b2f2638.jpg)