mohamadridzuan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur : Penerbit Faizatul Hasanah Hussain atau Hana Hussain dari Million Pictures Sdn Bhd melahirkan perasaan gembira apabila drama terbitannya, Ke Mana Hilang Cinta lakonan Keith Foo, Syamim Freida dan Marc Syahmie yang ditayangkan menerusi slot Samarinda TV3, menjadi trending dikalangan peminat.
Hana berkata, kejayaan drama ini dibantu oleh semua pihak terutamanya barisan pelakon hebat serta jalan cerita mantap yang ditampilkan.
"Ceritanya diambil dari realiti hidup berkenaan Sindrom Othello dan 'Morbid Jealousy' atau lebih tepat cemburu buta. Ini adalah drama berat psycho thriller mengenai penyakit Morbid Ortello yang pertama saya terbitkan.
"Penyakit ini wujud dikalangan masyarakat kita tanpa disedari. Penyakit yang perlu sokongan masyarakat sekeliling dan terapi berterusan.









/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/04/99fa1c1018b62ecbe6d1dfeb2b2f2638.jpg)