KUALA LUMPUR: Usaha mengesan serta mengesahkan status 54 rakyat Malaysia yang masih belum dapat dihubungi susulan banjir di Nepal bulan lalu diteruskan, walaupun operasi mencari dan menyelamat (SAR) di negara itu beralih kepada fasa pemulihan.
Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini berkata, perkembangan itu susulan pengesahan seorang rakyat Malaysia yang sebelum ini dilaporkan belum dapat dihubungi, kini berada dalam keadaan selamat.
Kementerian itu berkata, individu berkenaan hadir ke Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu kelmarin dan identitinya sudah disahkan oleh pihak kedutaan.
"Individu berkenaan juga selamat kembali ke Malaysia semalam (2 Oktober). Kementerian tidak akan mendedahkan maklumat peribadi lanjut mengenai individu berkenaan bagi menghormati privasi beliau," kata kenyataan itu hari ini.







/file/attachments/orphans/564434453_706873.png)
