LIVERPOOL: Manchester City akan bertandang ke Liverpool Ahad ini dalam perlawanan pertama mereka selepas didapati bersalah atas pelanggaran serius peraturan kewangan Liga Perdana Inggeris (EPL), namun sejauh mana keputusan berkenaan memberi kesan kepada pendahulu liga masih belum dapat dipastikan.
Ruang sembang penyokong dipenuhi pelbagai pandangan dan kecaman, namun keadaan itu bukan perkara baharu dalam hubungan antara dua seteru lama berkenaan.
Kes kontrak komersial yang didakwa sebagai "palsu" itu menghantui EPL sejak beberapa tahun lalu dan mungkin berlarutan untuk tempoh yang lebih lama selepas City mengemukakan rayuan.
Sejauh mana isu itu akan mencetuskan ketegangan di tempat duduk penonton di Anfield, termasuk di stadium lain sepanjang musim ini, masih menjadi persoalan.








