London: Downing Street semalam menegaskan Manchester City tidak kebal daripada undang-undang susulan kritikan terhadap Perdana Menteri Britain, Andy Burnham, berhubung kenyataannya mengenai pelanggaran peraturan kewangan Liga Perdana Inggeris oleh kelab berkenaan.
Dalam satu kenyataan, jurucakap No 10 berkata: "Seperti yang dijelaskan Perdana Menteri, keputusan awal ini serius dan tidak boleh timbul sebarang tanggapan bahawa sesiapa pun berada di atas peraturan."
Burnham, bekas datuk bandar Greater Manchester, memberitahu BBC pada Rabu bahawa beliau tidak mahu pemilik kelab dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) meninggalkan Manchester City susulan kes berkenaan.
"Saya amat bimbang jika kehilangan mereka," kata Burnham sambil menekankan pelaburan yang dibuat oleh Abu Dhabi United Group, pemilik yang mengawal kelab itu, di Manchester.






