NEW YORK: New York mengisytiharkan darurat bencana di seluruh negeri itu susulan wabak campak, pengisytiharan pertama seumpamanya oleh sebuah negeri di Amerika Syarikat (AS) sejak kes mula melonjak pada 2025, lapor Xinhua.
Gabenor New York, Kathy Hochul, mengeluarkan perintah eksekutif bagi mengisytiharkan "Darurat Bencana Negeri" sebagai tindak balas terhadap peningkatan kes campak di seluruh negeri itu.
Berdasarkan perintah eksekutif berkenaan, sebanyak 108 kes campak dilaporkan dalam kalangan penduduk New York tahun ini setakat Sabtu lalu.
Daripada jumlah itu, 92 kes dilaporkan sejak 15 Julai dengan kebanyakannya dalam komuniti luar bandar dengan kadar imunisasi rendah di 18 kaunti.
Sebanyak tujuh kes disahkan di Bandar Raya New York.








