mhafis@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Suri rumah kerugian lebih RM650,000 selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan melalui media sosial Facebook.
Menurut sumber, kejadian berlaku pada 16 Mei lalu apabila wanita berusia 58 tahun ketika berada di rumah di Salak Selatan melayari laman sosial Facebook selepas melihat iklan berkaitan tawaran pelaburan.
"Mangsa kemudian menekan butang pautan dan menyertai kumpulan WhatsApp di mana dia diterangkan berkaitan pelaburan yang ditawarkan.
"Mangsa kemudian bersetuju untuk melabur dan membuat bayaran perkhidmatan sebelum dia diminta memasang aplikasi bagi tujuan pelaburan," katanya.










