Los Angeles: Lebih 1,000 kes campak yang disahkan dilaporkan di Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS) pada tahun ini, dengan lima kematian dan 198 kes dimasukkan ke hospital, menjadikannya wabak campak terbesar di negeri itu dalam tempoh lebih tiga dekad, menurut pegawai kesihatan negeri, lapor Xinhua.

Jabatan Kesihatan Pennsylvania pada Isnin memaklumkan sebanyak 1,004 kes campak disahkan di 39 kaunti, dengan 27 kes baharu dilaporkan sejak 2 Oktober lalu.

Hanya empat daripada kes yang disahkan membabitkan individu yang sudah menerima vaksin campak, beguk dan rubela (MMR), mewakili kurang satu peratus daripada jumlah keseluruhan. Wabak itu bermula pada akhir April.

Penyedia perkhidmatan kesihatan turut mencatatkan lonjakan pemberian vaksin MMR.