am@hmetro.com.my
Batu Pahat: Penutupan semua sekolah di daerah ini hari ini susulan Indeks Pencemar Udara (IPU) merekodkan bacaan sangat tidak sihat sejak malam tadi tidak menghalang pelajar untuk meneruskan sesi pembelajaran di rumah.
Rata-rata mereka memanfaatkan peluang itu untuk mengulang kaji pelajaran meskipun pihak sekolah menyediakan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Syed Esa, Nuruljannah Helmi, 14, dan Nur Farisya Mohd Fairus, 13, berkata, walaupun sekolah ditutup akibat jerebu, mereka tidak mahu melepaskan peluang untuk mengulang kaji pelajaran.
"Pagi tadi guru sudah mengadakan PdPR dan kami terus menyambung ulang kaji pelajaran memandangkan peperiksaan akhir tahun tidak lama lagi," katanya ketika ditemui, hari ini.









