KUALA LUMPUR: MyANGKASA Holdings Sdn Bhd (MHSB) dan Optimax Eye Specialist Centre Sdn Bhd (OESC) memeterai perjanjian kerjasama bagi memperluas akses perkhidmatan penjagaan mata kepada anggota koperasi di seluruh negara.
MHSB ialah anak syarikat milik penuh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (ANGKASA) manakala OESC ialah anak syarikat milik penuh Optimax Holdings Bhd (Optimax).
Kerjasama itu menggabungkan jaringan ANGKASA yang mewakili lebih tujuh juta anggota koperasi dengan kepakaran OESC dalam perkhidmatan penjagaan mata.
Majlis menandatangani perjanjian dirasmikan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Mohamad Alamin.
Beliau berkata, KUSKOP sentiasa menggalakkan agensi di bawah kementerian itu termasuk ANGKASA supaya mencari pendekatan baharu bagi memenuhi keperluan anggota koperasi.









/file/attachments/orphans/undang423_276515.png)
