KOTA BHARU: "Hingga hari ini saya tidak mampu membaca atau mendengar tragedi yang menimpa Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, yang ditemui mati dipercayai dibunuh kerana ia mengingatkan kejadian yang menimpa anak saya 13 tahun lalu," kata Ruhani Hussin, 71.

Ruhani adalah ibu kepada Allahyarham Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman yang maut dipercayai dibunuh di sebuah sekolah tahfiz di Kok Lanas pada Disember 2013.

Ruhani berkata, kejadian yang berlaku kepada Irene Sofiya itu ibarat membuka semula kesedihan yang dialaminya sejak 13 tahun lalu.

"Kejadian Irene Sofiya dalam kawasan sekolah, manakala kejadian yang menimpa Allahyarham Ahmad Faris pula dalam kawasan asrama. Kedua-dua mereka adalah pelajar Tingkatan Empat ketika kejadian.