KUALA LUMPUR: Bintang serba boleh, Che Puan Sarimah Ibrahim, 48, teruja bakal bergelar pelajar menerusi program kesihatan dan kesejahteraan wanita di Harvard Medical School, bermula 15 Oktober ini.

Sarimah yang giat memperjuangkan isu kesihatan mental berkata, peluang itu cukup bermakna kerana membolehkannya terus menimba ilmu selain menambah pengetahuan dalam bidang kesihatan wanita.

"Saya sentiasa percaya bahawa proses pembelajaran tidak mempunyai titik noktah. Dalam tempoh dua hingga tiga tahun kebelakangan ini, saya juga sedang mendalami seni lakonan bersama jurulatih dari Ireland, Gerry Grennel yang juga guru kepada bintang antarabangsa seperti Heath Ledger, Marlon Brando dan Meryl Streep.