PETALING JAYA: Maybank Islamic mengumumkan Maybank Islamic Nadi Mastercard Credit Card-i kini dibuka untuk permohonan di seluruh negara, menawarkan penyelesaian kredit patuh syariah yang mudah kepada pelanggan yang layak bagi memenuhi keperluan kewangan harian.
Diperkenalkan pertama kali pada Julai 2026, kad kredit-i itu direka dengan ciri yang mudah difahami dan diurus, termasuk kadar keuntungan tetap 14 peratus setahun, tanpa yuran tahunan serta tiada pengkompaunan caj keuntungan.
Pemegang kad turut mendapat akses kepada lebih 1,000 keistimewaan pedagang di seluruh rantau.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Perbankan Islam dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic, Mohamad Yasin Abdullah berkata, penawaran Nadi Mastercard Credit Card-i memberi tumpuan kepada penyediaan kemudahan kredit yang boleh digunakan pelanggan dengan lebih yakin.










