KUALA LUMPUR - MyEG Services Bhd (MyEG) perlu melunaskan sepenuhnya tunggakan bayaran kepada kerajaan sebelum sebarang permohonan untuk menyambung semula operasinya boleh dipertimbangkan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.Beliau berkata, Kementerian Pengangkutan kekal dengan pendirian tegas bahawa tunggakan berkenaan perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum permohonan berkaitan perkara itu diberi pertimbangan."Kita berpegang kepada apa yang telah dinyatakan sebelum ini. Kita sedang menunggu bayaran itu."Sebelum sebarang permohonan untuk menyambung semula operasi boleh dipertimbangkan, bayaran berkenaan perlu diselesaikan terlebih dahulu," katanya.Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Penyerahan Surat Pemakluman Bayaran Kadar Khas bagi Rumah Ibadat dan Sekolah Bantuan Modal di Menara Perbadanan Aset Keretapi (RAC) di sini.Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Seri M. Jana Santhiran.Pada 5 Oktober lepas, Anthony memaklumkan, perkhidmatan MyEG dan Zetrix AI Bhd sebagai ejen kutipan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) digantung selepas kedua-dua syarikat itu gagal menyerahkan hasil kutipan berjumlah RM314 juta kepada kerajaan bagi tempoh 19 Mei hingga 30 September.Menurut Anthony, tindakan itu diambil selepas kedua-dua syarikat berkenaan gagal melunaskan tunggakan terbabit walaupun 35 peringatan telah diberikan, selain beberapa siri libat urus diadakan oleh pihak berkuasa sejak Mei lepas. - Bernama
Operasi MyEG hanya dipertimbang selepas tunggakan dilunas - Anthony Loke

Key takeaways
MyEG perlu melunaskan tunggakan RM314 juta kepada kerajaan sebelum operasinya boleh disemak semula.
- Menteri Pengangkutan Anthony Loke menyatakan MyEG perlu bayar tunggakan terlebih dahulu.
- Kementerian Pengangkutan tetap menuntut pembayaran sebelum pertimbangan operasi semula.
- MyEG dan Zetrix AI gagal serahkan hasil kutipan RM314 juta kepada kerajaan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Tunggakan MYEG: MOT, JPJ ambil tindakan undang-undang
- Utusan Malaysia MyEG perlu jelaskan RM314 juta sebelum operasi disambung
- Sinar Harian Operasi MyEG hanya dipertimbang selepas tunggakan dilunas - Anthony Loke (this story)









