KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan merekodkan kadar bayaran balik tunggakan pinjaman yang rendah pada 2025, dengan hanya RM465.0 juta atau lima peratus daripada RM9.27 bilion tunggakan tahun sebelumnya berjaya diperoleh.
Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2026 mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2025 memaklumkan sehingga 31 Disember 2025, tunggakan pinjaman melebihi enam tahun adalah berjumlah RM5.02 bilion atau 62.1 peratus daripada keseluruhan tunggakan berjumlah RM8.08 bilion.
"Kutipan bayaran balik tunggakan pinjaman yang kurang berkesan menyebabkan tindakan penstrukturan semula perlu dibuat sebagai langkah pemulihan bagi membantu peminjam melunaskan bayaran balik," maklum laporan itu.






