puterialia@hmetro.com.my

KUMPULAN M-pop sensasi, Dolla kembali menggegarkan persada seni muzik tempatan menerusi kemunculan single terbaharu mereka diberi judul Ugly.

Single berkenaan disifatkan sebagai sebuah karya yang berani, sarat dengan tenaga luar biasa, selain membawa mesej serta semangat penentangan cukup mendalam.

Menurut Dolla, lagu Ugly berkenaan bukan sekadar karya hiburan semata-mata, sebaliknya mengisahkan mengenai harga diri serta keengganan mereka untuk dipandang rendah.

Menerusi naskhah terbaharu ini, Dolla turut menyuarakan penolakan keras terhadap sebarang cubaan pihak luar untuk menentukan identiti sebenar diri mereka.