syazrina@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: "Abang sulung ada beritahu dia cuba jejak Yohei setiap kali pergi ke Jepun…boleh dikatakan setiap tahun."

Itu cerita anak perempuan ketiga kepada Zulkafli Abd Razak, 63, lelaki yang menemukan botol berisi mesej dari Jepun di Pantai Ma' Daerah, 27 tahun lalu, Shafura Zulkafli, 33, yang berkata, abangnya kini merancang ke Tanegashima untuk mencari semula pemuda Jepun berkenaan.

Katanya, abangnya kerap berkunjung ke Jepun, terutama Osaka dan Tokyo, namun belum mengetahui bila dapat merancang perjalanan ke Tanegashima, pulau asal Kowaki Yohei.

Menurutnya, setakat ini abangnya hanya mempunyai alamat e-mel sekolah rendah Yohei dan belum cuba menghubungi pihak berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pemuda itu.