Kulim: Seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun parah selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga sebuah bangunan sekolah menengah di daerah ini, Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Syamsul Sinring berkata, kejadian berlaku kira-kira 3.40 petang ketika waktu rehat.
Katanya, polis menerima laporan daripada seorang guru lelaki berusia 48 tahun mengenai penemuan seorang pelajar dalam keadaan terbaring di lantai berhampiran tangga Blok E sekolah berkenaan.
"Pengadu kemudian pergi ke lokasi dan mendapati mangsa masih sedar serta boleh bercakap sebelum dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Kulim.
"Hasil temu bual polis dengan mangsa mendapati dia mengaku terjun sendiri dari tingkat tiga bangunan sekolah kerana mengalami tekanan berkaitan akademik," katanya di sini, hari ini.








