LONDON: Kumpulan K-pop popular dunia, Stray Kids, mengikuti jejak BTS apabila memutuskan tidak menghantar karya bagi dipertimbangkan pada Anugerah Grammy 2027.
Keputusan itu dibuat ketika pengenalan kategori baharu khusus untuk muzik pop Asia mencetuskan perdebatan kerana ada pihak bimbang ia akan menyebabkan genre seperti K-pop dan J-pop dipisahkan daripada kategori utama anugerah berprestij itu.
Julai lalu, BTS terlebih dahulu mengumumkan mereka tidak akan menghantar lagu untuk dipertimbangkan dalam mana-mana kategori Anugerah Grammy 2027.
Stray Kids yang baru-baru ini meraih album nombor satu kesembilan mereka di Amerika Syarikat (AS), kemudian mengambil pendirian sama, lapor BBC.
Dalam kenyataan ringkas, syarikat rakaman mereka, JYP Entertainment, mengesahkan bahawa Stray Kids tidak menghantar karya untuk acara anugerah itu.








