mohdsyazwan@hmetro.com.my
Jakarta: Masa depan pengendali sementara skuad kebangsaan Tan Cheng Hoe bersama Harimau Malaya selepas kejayaan menamatkan kempen Piala ASEAN FIFA 2026 di tempat ketiga kini diserahkan sepenuhnya kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Cheng Hoe berkata, beliau bersedia untuk terus mencurahkan segala tenaga dan pengalaman kepada skuad kebangsaan sekiranya diberi kepercayaan, namun keputusan mengenai kedudukannya selepas ini terletak di tangan badan induk berkenaan.
"Macam posisi saya, saya terserah kepada FAM untuk buat keputusan kerana saya selagi apa yang saya mampu, saya akan curahkan segala penat lelah kita kepada pasukan kebangsaan ini," katanya.
Kenyataan itu dilontarkan selepas Cheng Hoe membantu Harimau Malaya menewaskan Vietnam 1-0 dalam aksi penentuan tempat ketiga di Stadium Gelora Bung Karno (GBK), Jakarta, semalam.






