KUALA LUMPUR: Penerbit dan pengarah terkenal, Erma Fatima berpandangan drama atau filem tempatan tidak wajar dipersalah atau dalam kes tertentu, terus diharamkan hanya kerana mengetengahkan isu buli dalam masyarakat.
Erma, 58, berkata, karya yang memaparkan gejala sosial lazimnya dihasilkan berdasarkan realiti kehidupan dan permasalahan yang berlaku di sekeliling masyarakat.
Bagi Erma, penceritaan mengenai isu berkenaan bukan bermaksud pengkarya mahu mempromosi atau menggalakkan perbuatan buli, sebaliknya, menjadi medium untuk membuka mata penonton mengenai kesan serta bahaya gejala berkenaan.
"Kalau drama TV atau filem yang ada unsur buli perlu diharamkan, lebih baik haramkan juga drama atau filem di Netflix yang lebih teruk. Haramkan juga media sosial dan permainan video.









