London: Zinedine Zidane tidak memanggil bintang Chelsea, Malo Gusto ke skuad pertama Perancis kerana menganggap pertahanan pemain itu "tidak cukup baik", menurut laporan.
Zidane memulakan tugas sebagai pengendali Les Bleus tanpa kekalahan selepas menggantikan Didier Deschamps susulan penamat di tempat keempat pada Piala Dunia 2026.
Walaupun kehilangan kapten Kylian Mbappe akibat kecederaan, Perancis menewaskan Turkiye dan Belgium 1-0 sebelum seri 1-1 dengan Itali. Kempen Liga Negara-Negara mereka bersambung malam Isnin dengan aksi ulangan menentang Belgium.
Beberapa bintang Liga Perdana Inggeris (EPL) dipanggil ke skuad pertama kendalian Zidane termasuk Maxence Lacroix, namun tiada tempat buat rakan sepasukannya di Chelsea, Gusto.






