SAINT-DENIS: Pengendali baharu Perancis, Zinedine Zidane, menegaskan dia tidak menyesali tindakan menanduk Marco Materazzi pada final Piala Dunia 2006.
"Rakaman itu akan sentiasa mengingatkan saya mengenai apa yang berlaku pada tahun 2006 kerana ia sentiasa ditayangkan," kata Zidane sambil tersenyum ketika ditanya mengenai insiden yang menyaksikan dia dilayangkan kad merah pada masa tambahan dalam perlawanan terakhirnya sebagai pemain.
Zidane berkata demikian ketika sidang media di Stade de France, menjelang pertemuan Les Bleus dengan Itali dalam Liga Negara-Negara UEFA, awal pagi esok.
"Nasib baik itu bukan satu-satunya perkara yang saya lakukan dan ada perkara lain yang lebih baik, jadi saya cuba lebih banyak memikirkan perkara positif.






